SELAMAT DATANG KE BLOG My-VivaCrew. SELAMAT DATANG KE BLOG My-VivaCrew SELAMAT DATANG KE BLOG My-VivaCrew

PENGENALAN

My-VivaCrew (MVC) telah diilhamkan pada sekitar awal bulan Mei 2011. Idea untuk menubuhkan kelab ini adalah daripada gabungan beberapa rakan-rakan yang telah lama berkecimpung di dalam bidang sukan permotoran serta pernah menjadi ahli beberapa buah kelab kereta yang lain sebelum ini. Setelah melalui beberapa perbincangan, pertukaran idea, pendapat, serta cadangan, akhirnya mereka telah mencapai kata sepakat untuk menubuhkan My-VivaCrew (MVC).

Buat masa ini, My-VivaCrew (MVC) berusaha untuk mengumpul kembali rakan-rakan lama dan baru untuk menghidupkan serta memperkembangkan kelab ini supaya dikenali oleh kelab-kelab permotoran yang lain. Walaupun My-VivaCrew (MVC) masih lagi baru, tetapi semangat-semangat yang ada pada “Otai-otai” lama menambahkan lagi keyakinan bahawa My-VivaCrew (MVC) akan terus berkembang dari masa ke semasa.

Menurut wakil yang menubuhkan My-VivaCrew (MVC), beliau akan mendaftarkan kelab My-VivaCrew (MVC) ini agar menjadi sebuah kelab yang berdaftar dan mengikut undang-undang yang sah. Tujuan utama penubuhan My-VivaCrew (MVC) adalah untuk menghimpun seberapa ramai pemilik kenderaan jenama Perodua Viva di Malaysia. Dengan itu ahli-ahli dapat bertukar-tukar pendapat dan berbincang tentang industri sukan permotoran, disamping dapat mengenali antara satu sama lain serta merapatkan silaturrahim. My-VivaCrew (MVC) yakin dengan mengadakan aktiviti riadah dan santai dapat mengukuhkan lagi ikatan


Objektif Kelab

  1. Menganjurkan Perjumpaan , Aktiviti-Aktiviti Riadah, Konvoi, Serta Kemasyarakatan.
  2. Mengeratkan Silaturrahim dan Semangat Setiakawan di Antara Ahli.
  3. Berkongsi Idea, Pendapat, dan Cadangan Yang Boleh Memberi Manfaat Kepada Ahli Berkenaan Hal Permotoran.
  4. Membantu Ahli Yang Menghadapi Masalah Berkenaan Kenderaan atau Hal-Hal Lain.
  5. Mengumpul Lebih Ramai Pemilik-Pemilik Kenderaan Viva di Malaysia.
  6. Menarik Minat Golongan Muda Khususnya Untuk Menyertai Aktiviti-Aktiviti Sihat, Sekaligus Dapat Mengurangkan Gejala Sosial.